Sabah rekod 1,784 kes baharu Covid, 16 kematian

14 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINBALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 1,784 kes pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 177,296 kes.
Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bilangan kes kematian yang direkodkan hari ini telah turun kepada 16 kes namun, bilangan kematian tersebut tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini.
"Daripada jumlah kes kematian tersebut, 10 kes di Kota Kinabalu, dua kes di Papar manakala Kota Marudu, Tawau, Telupid dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurut beliau, Kota Kinabalu kekal sebagai daerah dengan bilang kes Covid-19 tertinggi pada hari ini dengan 328 kes, diikuti Sandakan (173 kes), Tuaran dan Papar masing-masing 155 kes, dan Penampang 121 kes.
"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 905 kes manakala, 719 kes adalah daripada saringan bergejala, dua kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (158 kes).
"Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,307 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 400 kes, Kategori 3 sebanyak 10 kes, Kategori 4 (sembilan kes) dan Kategori 5 (16 kes)," katanya.
Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,138 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 150,386 orang.
"Sebanyak 4,483 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,614 orang di hospital, 2,787 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 85 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta," katanya.
Tambah beliau, seramai 190 orang pesakit memerlukan penjagaan kritikal iaitu 120 orang di unit rawatan kecemasan, dan 70 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan serta 64 orang ditempatkan di kubikel akut.
Comments