top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Sabah rekod 53 kes kematian akibat Covid, 2,163 kes baharu



11 September 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan kes kematian akibat Covid-19 yang tinggi hari ini iaitu sebanyak 53 kes kematian dan sebanyak 2,163 kes baharu direkodkan hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah keseluruhan kes kematian hari ini, 22 kes adalah di Sandakan, enam kes di Tawau, lima kes di Penampang dan empat kes di Kota Belud.


"Manakala tiga kes masing-masing di Keningau. Tuaran dan Kota Kinabalu, dua kes di Kinabatangan manakala Semporna, Tenom, Tongod, Telupid dan Pitas masing-masing mencatatkan satu kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, berdasarkan pecahan kes mengikut daerah, Kota Kinabalu terus kekal sebagai daerah dengan kes Covid tertinggi hari ini iaitu sebanyak 449 kes, diikuti Sandakan (245 kes), Kota Marudu (145 kes), Lahad Datu (141 kes), dan Papar (122 kes).


"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 1,246 kes manakala, 675 kes adalah daripada saringan bergejala, 36 kes daripada saringan kluster, saringan bersasar sebanyak lapan kes dan lain-lain (198 kes).


"Berdasarkan pecahan kes hari ini, 181 kes melibatkan kanak-kanak yang berumur 5 tahun kebawah termasuk 22kes adalah bayi yang berumur kurang daripada satu tahun.


"Sebanyak 397 kes adalah remaja yang berumur antara 6 hingga 17 tahun," katanya.


Tambah Masidi, Kategori 2 masih kumpulan terbesar pesakit, iaitu dengan 1,374 kes, diikuti Kategori 1 pula sebanyak 607 kes, Kategori 3 sebanyak 17 kes, Kategori 4 (lapan kes) dan Kategori 5 (dua kes).


Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 2,009 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 146,298 orang.


"Sebanyak 4850 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,641 orang di hospital, 3,120 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 83 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala enam orang di fasiliti swasta," katanya.



bottom of page