top of page

Sabah terima 474 pegawai perubatan kontrak di dilantik ke jawatan tetap

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 20, 2023
  • 1 min read

20 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah telah menerima 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43.


Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna, daripada jumlah itu, 339 orang berkhidmat di hospital dan 135 orang di klinik-klinik kesihatan.


Beliau juga berkata 103 pegawai perubatan yang bertugas di Sabah telah berpindah keluar dari negeri ini.


"Semoga dengan pertambahan ini, perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi," katanya.


Beliau juga berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas komitmen dan keprihatinan bagi memastikan bilangan pegawai perubatan di Sabah dipertingkatkan, selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan negeri.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page