top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sabah umum cuti 18 dan 19 Nov ini



14 November 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri turut mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai Hari Kelepasan Am Khas bagi negeri Sabah.


Perkara itu diumumkan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


“Kerajaan negeri bersetuju menetapkan tarikh 18 dan 19 Nov sebagai hari kelepasan am khas bagi Sabah untuk memudahkan rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada PRU15,” katanya.


Beliau berkata, penetapan cuti khas itu bagi memudahkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Keputusan itu juga susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabah Yaakob, petang tadi bahawa hari kelepasan am pada Jumaat dan Sabtu ini bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi.



bottom of page