top of page

SAFA Penampang buka pemilihan pemain B-12 dan B-15 15 Ogos ini

  • nabalunews
  • Jul 14
  • 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns


KOTA KINABALU, 13 Julai – Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) melalui cawangan Penampang akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi kategori Bawah 12 Tahun dan Bawah 15 Tahun pada 15 Ogos 2026 di Padang B, Kompleks Sukan Penampang, sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Rhinos Cup yang dijadualkan berlangsung pada Oktober dan November tahun ini.


Keputusan tersebut dimeterai dalam mesyuarat penyelarasan pengurusan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Penampang baru-baru ini, dengan kehadiran wakil SAFA Penampang, Jerry Siambun selaku pengerusi mesyuarat, serta Matius Sulaiman selaku staf SAFA dan barisan pengurusan daripada Akademi Tuubagu Football Academy dan Akademi United Malaysia Football Clinic (UMFC) yang turut sama menjayakan program ini.


Dalam mesyuarat yang berlangsung dalam semangat kebersamaan demi pembangunan bola sepak akar umbi di daerah Penampang itu, barisan kejurulatihan bagi kedua-dua pasukan turut diumumkan.


Gideon Gadit, yang juga Pegawai Teknik Bolasepak Pejabat Pendidikan Daerah Penampang, dilantik sebagai Pengurus Pasukan Bawah 15 Tahun dengan dibantu oleh Ketua Jurulatih Lawrence Denny dan Penolong Jurulatih Nicko Abin. Sementara itu, Pasukan Bawah 12 Tahun diuruskan oleh Jeremy Wong, dengan Ketua Jurulatih Freddy Pamaas dan dibantu Tony Limus selaku Penolong Jurulatih.


Sesi pemilihan terbuka itu diharapkan dapat mencungkil bakat-bakat muda baharu yang berpotensi mewakili SAFA Penampang dalam kejohanan berprestij Rhinos Cup sekali gus memperkukuh lagi saluran pembangunan bola sepak peringkat akar umbi di Sabah khususnya di daerah Penampang.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page