top of page

Sambutan hari jadi dipercayai punca penularan Kluster Long Pasia

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Sep 30, 2021
  • 1 min read

ree

30 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Long Pasia - Sipitang merupakan kluster jenis komuniti yang dipercayai menular ketika sambutan hari jadi.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah wanita, 76, dari Kg Long Pasia dan bergejala demam serta batuk sejak 24 September 2021.


“Kes indeks kemudiannya disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK AG grading 100% di Klinik Long Pasia pada 25 September 2021.


“Siasatan mendapati, satu majlis sambutan hari jadi telah diadakan di rumah kes indeks yang dihadiri oleh beberapa orang kampung pada 19 September 2021,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, daripada 30 orang yang disaring, terdapat 25 kes positif dikesan dalam kluster ini termasuk kes baharu yang dilaporkan hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page