Sambutan Hari Sukan SK. Kaung, Kota Belud meriah
11 Oktober 2024
KOTA BELUD: Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung, Kota Belud yang berlangsung hari ini menekankan konsep Malaysia Madani dengan fokus kepada Sukan Baharu dan Sukan Rakyat.
Acara ini bertujuan memupuk semangat perpaduan, kesejahteraan, serta memperkukuhkan nilai saling menghormati antara warga sekolah dan masyarakat setempat.
Ia juga diharap dapat mempereratkan hubungan antara pihak sekolah dengan komuniti, sekaligus mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif.
Acara ini disertai oleh seramai 110 orang yang terdiri daripada pelajar, guru, dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Acara utama di program ini adalah “Berjalan Dia Madani” yang melibatkan aktiviti berjalan kaki bermula dari SK Kaung hingga ke Tanak Nabalu, di Kampung Lobong-Lobong.
Comments