top of page

Saringan Sugandoi Kaamatan Tuaran 24 April ini, final 10 Mei

Wartawan Nabalu News

BARISAN Ahli Jawatankuasa Penganjur Sugandoi Daerah Tuaran 2022, diketuai oleh Herman (duduk tengah).

13 Apri 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TAMPARULI: Saringan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022 akan diadakan pada 24 April ini, jam 10 pagi, di Dewan Datuk Patrick Jilan, Kampung Selupoh Tuaran.


Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran 2022, Herman Tunggiging berkata, setakat kelmarin (Selasa), lebih 30 peserta telah mendaftar.


“Kita jangkakan jumlah ini akan meningkat terutamanya kategori Sugandoi Terbuka, yang kebiasaanya ramai peserta,” katanya.


Herman yang juga Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, berkata, tiga juri profesional terdiri dalam kalangan artis dan pemuzik tempatan akan memilih finalis seramai lapan orang bagi setiap kategori.


Manakala pada final nanti, masyarakat berpeluang menyaksikan persembahan komposer dan penyanyi tersohor, Benn Simon Bukag.


Justeru, beliau menjemput orang ramai, terutamanya peminat seni hiburan tempatan, untuk memeriahkan kedua-dua acara tersebut, sambil menyokong bakat-bakat seni tempatan yang bakal mewakili daerah Tuaran.


Pautan Borang Pendaftaran:https://forms.gle/XPdjCBNCUi8aVne76

ความคิดเห็น


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page