top of page
  • Wartawan Nabalu News

Satu kluster baharu dikesan di Kinabatangan



20 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dikesan hari ini melibatkan tempat kerja iaitu Kluster Sawit M1 – Kinabatangan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini mula dikesan apabila kerani, wanita, 25, mula bergejala pada 9 September 2021 sekali gus menjadi kes indeks bagi kluster ini.


“Ujian saringan RTK AG oleh Klinik Mabello Gum-Gum Sandakan pada 11 September 2021 menunjukkan keputusan positif dengan grading 100 peratus dan kes telah dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Sandakan untuk rawatan selanjutnya.


“Aktiviti persampelan kontak yang dijalankan mendapati 37 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan telah didapati positif Covid-19.


“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 38 kes hasil saringan ke atas 112 orang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, siasatan persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.


Comments


bottom of page