top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Satu kluster baharu dikesan di Tenom, penularan di tapak binaan hidro


Datuk Masidi Manjun

2 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Sibulu - Tenom merupakan penularan jangkitan COVID-19 di tempat kerja iaitu tapak binaan hidro dalam Mukim Kuala Tomani.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah jurumampat lelaki, 46, bukan warganegara, dan tinggal di Kem 3, Sibulu.


“Kes indeks mula bergejala sejak 24 Julai 2021 sebelum disahkan positif di Klinik TMC Tenom pada 27 Julai 2021 dan telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan lanjut.


“Daripada 114 sampel yang telah diambil, 55 sampel dikesan positif COVID-19 termasuk 35 kes baharu pada hari ini.


“Manakala, 54 sampel didapati negatif sementara lima lagi sampel masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

Comentarios


bottom of page