top of page
Wartawan Nabalu News

SATU KLUSTER BAHARU DIREKODKAN DI KOTA KLIAS BEAUFORT



15 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini, dikenali sebagai Kluster Kota Klias - Beaufort melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti yang majoritinya adalah keluarga dan pelanggan teksi sapu di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini dikesan apabila kes indeks iaitu pengusaha teksi sapu, lelaki, 69, disahkan positif ujian RTK-Ag (grading 100%) di Hospital Beaufort pada 03 Julai lalu dalam saringan kemasukan wad.


"Kes juga mula mengalami gejala demam dan batuk sejak 01 Julai 2021.


"Daripada 71 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan kadar positif sebanyak 60.5 % dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Comments


bottom of page