top of page

Sebuah rumah musnah terbakar di Kampung Taviu, Telupid

nabalunews


Lokasi kejadian itu.
Lokasi kejadian itu.

13 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News 


TELUPID - Sebuah rumah jenis tidak kekal berkeluasan 20x29 kaki musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku di Kampung Taviu, Telupid pada pagi tadi (Isnin).


Menerusi satu kenyataan disini pada Isnin, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal, berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 10.01 pagi melalui talian MERS999 kemudian tiba di lokasi dengan jarak 116 kilometer dari balai berkenaan bersama empat anggotanya dan sebuah jentera.


Jelasnya, operasi terkawal pada jam 12.25 tengahari yang mana tiada operasi pemadaman dimana pasukan itu hanya membuat pemeriksaan serta mengambil maklumat di lokasi.


Tambah Edoen, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 12.34 tengahari.


Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat manakala punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Коментарі


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page