top of page

Sekolah Agama Di Tambunan Terbakar

  • nabalunews
  • Oct 12
  • 1 min read
ree

12 Oktober 2025


TAMBUNAN: Sebuah sekolah agama di daerah ini, hilang dua blok kelas dan satu kuarters guru selepas dilaporkan terbakar petang tadi.


Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, dua bangunan kelas termasuk bilik guru jenis tidak kekal itu dilaporkan terbakar 100 peratus, manakala kuarters guru jenis kekal terbakar 50 peratus.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.23 petang.

ree

Katanya, sepasukan 18 anggota bersama dua jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.


“Pasukan bomba bertindak memadam api kebakaran menggunakan dua aliran dengan empat pancutan selain dua aliran bagi mengawal api daripada terus merebak ke bangunan berhampiran.


“Sumber air diperoleh daripada jentera bomba dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Keningau dan Bomba Sukarela Kampung Tangaban.


“Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.15 petang dan tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.


“Setakat ini siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kebakaran serta anggaran kerugian,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page