top of page

Sekolah Pusat Aktiviti Komuniti Satukan Guru dan Masyarakat

  • nabalunews
  • Apr 13
  • 1 min read


13 April 2025


KOTA KINABALU: “Sekolah boleh menjadi pusat aktiviti komuniti menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang menyatukan ibu bapa, pelajar, guru dan masyarakat setempat,” Datuk Ewon Benedick.


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, apa yang lebih penting, pendekatan itu turut menyemai nilai keusahawanan, kreativiti, kebajikan, dan kerjasama nilai yang sangat bertepatan dengan semangat Malaysia MADANI.


Katanya, pelbagai inisiatif berjaya dilaksanakan oleh PIBG daripada pembangunan infrastruktur seperti laluan pejalan kaki, pondok menunggu, pembaikan bilik komputer dan tandas, hinggalah kepada sokongan kewangan untuk aktiviti pelajar dan persatuan.



“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada PIBG SMK Bandaraya atas

pencapaian luar biasa mereka dalam tempoh beberapa tahun ini.


“Ini semua membuktikan bahawa PIBG bukan sekadar sebuah persatuan, tetapi

adalah rakan strategik sekolah yang amat penting dalam menjayakan pembangunan

pendidikan,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ketua Pegawai Perhubungan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Carlye Lajimin.


Pada majlis berkenaan, Ewon turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM10,000 kepada tabung PIBG SMK Bandaraya untuk digunakan bagi aktiviti berkaitan.


Sementara itu, Ewon berkata, beliau dimaklumkan hari ini, satu detik bersejarah akan tercipta dengan perasmian Pusat Pengurusan dan Informasi PIBG SMK Bandaraya.


Katanya, ia adalah bilik operasi rasmi PIBG yang bakal menjadi pusat maklumat, urusan dan jaringan antara ibu bapa serta pihak sekolah.


“Ini satu langkah yang amat signifikan ke arah pengurusan PIBG yang lebih sistematik dan berkesan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page