top of page

Sekolah Vernakular boleh terus guna bahasa Mandarin dan Tamil

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 23, 2023
  • 1 min read

23 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) boleh terus menggunakan bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka.


Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempersoalkan keabsahan penggunaan bahasa tersebut.


Perayu-perayu terdiri daripada Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (Mappim), Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (Gapena), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (i-Guru).


Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Disiember 2021 menolak saman kumpulan berkenaan yang mahu mahkamah mengisytiharkan kewujudan sekolah vernakular sebagai tidak mengikut perlembagaan, lapor Utusan Malaysia.


Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Supang Lian yang berpendapat bahawa sekolah vernakular tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan dengan menggunakan bahasa pengantar yang bukan bahasa Melayu untuk pengajaran di sekolah mereka.


Semasa membacakan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Azizul Azmin Adnan menegaskan para penggubal Perlembagaan Persekutuan telah berhasrat sejak awal lagi bahawa sekolah vernakular sebelum Merdeka akan terus beroperasi dengan sah di sisi undang-undang selepas merdeka pada 1957.


Jelas beliau, sekolah vernakular bukannya pihak berkuasa awam seperti universiti, justeru penggunaan bahasa pengantar bukan Melayu untuk pengajaran bukan untuk tujuan rasmi.


Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Kopersi Senator Saraswathy Kandasami turut hadir bagi mendengar keputusan mahkamah tersebut.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page