top of page

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lasau Minusud 2026

  • nabalunews
  • May 29
  • 1 min read

Oleh Wartawan Nabalu News: Kidd


29 Mei 2026


KOTA BELUD: Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Kampung Lasau Minusud 2026 berlangsung meriah di Dewan Serba Guna Lasau Minusud, Kota Belud, dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.


Program tahunan itu menghimpunkan penduduk kampung dan pengunjung dalam suasana muhibah dan semangat perpaduan selari dengan tema “Kaamatan Menuai Perpaduan, Meraikan Keharmonian” (Dusun: “Mongomot Pisompuruan, Mamaramai Piunungan”).


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lasau Minusud, Nonih Gampuhur, dalam ucapannya berkata sambutan Kaamatan bukan sahaja menzahirkan kesyukuran selepas musim menuai, malah berfungsi sebagai platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua jawatankuasa, peserta dan penduduk yang bekerjasama menjayakan program tersebut.


Majlis perasmian disempurnakan oleh wakil kepada Datuk Ewon Benedick, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Fandhy Rajin dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian. Dalam ucapannya, Fandhy menegaskan sambutan Kaamatan kekal sebagai simbol perpaduan rakyat dan menyatakan sokongan penuh terhadap Pelan Pembangunan Kadamaian 2020–2035 yang dibawa oleh Datuk Ewon Benedick demi pembangunan berterusan kawasan Kadamaian.


Sepanjang acara, pelbagai pengisian menarik dipersembahkan termasuk pertandingan hasil tani, pertandingan makanan tradisi, Unduk Ngadau Dazanak, Unduk Ngadau Terbuka, persembahan Sugandoi serta cabutan tiket bertuah yang berlangsung sepanjang hari.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada para pemenang dan peserta. Selain itu, seramai 14 gerai jualan dibuka di sekitar dewan untuk memeriahkan sambutan serta memberi peluang kepada penduduk tempatan menjalankan aktiviti ekonomi kecil-kecilan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page