top of page
  • Wartawan Nabalu News

Sembilan mangsa banjir di Menggatal dipindahkan

9 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sembilan mangsa daripada dua buah rumah yang dinaiki air di Kampung Mansiang, Menggatal terpaksa dipindahkan ke tempat selamat, petang tadi.


Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sabah, laporan mengenai kejadian itu diterima pada jam 3.27 petang.


Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat jam 8 malam.

Banjir kilat di Menggatal

Hujan lebat berterusan di Kota Kinabalu sejak tengahari tadi turut mengakibatkan beberapa kawasan di bandaraya, Penampang, Telipok dan Menggatal dilanda banjir kilat.


Bagi daerah Penampang, banjir kilat dilaporkan berlaku di  kawasan bulatan Sigah, Kampung Kibabaig, Kampung Kolopis, Kg.Sugud, Kinarut, Pavillion dan beberapa lagi kawasan sekitar.

Banjir kilat di Kg.Sugud

Selain itu turut dilaporkan banjir di Tebobon, Telipok, Indah Permai, Manggatal, Likas, Rugading, Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP), Rampayan dan Kolombong.

bottom of page