top of page

Sembilan Mangsa Bot Bocor Diselamatkan

  • nabalunews
  • Jul 19, 2025
  • 1 min read

19 Julai 2025


SEMPORNA: Sembilan lelaki berjaya diselamatkan selepas bot dinaiki mengalami kebocoran dalam insiden di perairan Pulau Sebangkat, di sini, hari ini.


Semua mangsa berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas pelbagai agensi keselamatan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).


Menurut kenyataan APM Sabah, kejadian dilaporkan pada jam 11.37 pagi apabila Skuad BRAVO APM Semporna menerima maklumat daripada PKON Sabah berhubung kejadian berkenaan di lokasi.


“Skuad BRAVO APM Semporna yang diketuai PBT (PA) Asmam Turu bersama tiga anggota terus bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 12.38 tengah hari.


“Setibanya di lokasi, tiga mangsa masih berada dalam bot manakala enam lagi ditemui berpaut pada bot di permukaan air,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, semua sembilan mangsa berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dan kemudiannya dipindahkan ke bot PDRM untuk tindakan lanjut.


Katanya, pasukan APM terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.59 tengah hari.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page