Seminar transformasi digital penjaja ' AI Memacu Pendapatan
- nabalunews
- Jul 31
- 1 min read

31 Julai 2025
KOTA BELUD: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), akan menganjurkan Seminar Transformasi Digital Penjaja: “AI Memacu Pendapatan” secara percuma sempena Hari Terbuka INSKEN (HATI) Siri 4 Tahun 2025, khusus untuk masyarakat usahawan di daerah Kota Belud.
Seminar berkenaan dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos 2025 (Sabtu), bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang, bertempat di Tag Valley Event Hall, Kampung Singgahmata, Taginambur, Kota Belud.
Program ini merupakan inisiatif INSKEN dalam memperkasakan penjaja dan peniaga kecil dengan memperkenalkan konsep transformasi digital, khususnya menerusi penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) bagi meningkatkan kecekapan operasi, keberkesanan promosi serta pendapatan perniagaan.

Antara manfaat utama seminar ini adalah, neningkatkan jualan melalui kaedah promosi automatik dan sistem cadangan pintar.
Keduanya, menjimatkan masa serta kos operasi menerusi penggunaan teknologi digital.
Seterusnya, menyediakan sistem pengurusan pelanggan yang lebih efisien dan tersusun;
Dan yang terkakhir, membantu usahawan membina kehadiran digital bagi menarik lebih ramai pelanggan di persekitaran setempat.
Menurut pengurusan INSKEN, penyertaan adalah percuma dan setiap peserta akan menerima Sijil Penyertaan serta disediakan jamuan makan dan minum.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui pautan berikut:
https://forms.gle/CE8yNHW5B7Bd8UZj9 atau boleh hubungi Melville di talian 0123602907.
Orang ramai, khususnya penjaja dan peniaga kecil di sekitar Kota Belud, adalah dijemput untuk menyertai seminar ini. Tempat adalah terhad dan pendaftaran awal amat digalakkan.


















Comments