top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Semua daerah di Sabah kini Zon Merah Covid


9 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Kesemua 27 daerah di Sabah kini dalam Zon Merah Covid-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun. Beliau berkata, seluruh daerah di negeri ini juga mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat. “Kebanyakan kes pada hari ini daripada saringan kontak rapat dan dapat disimpulkan bahawa masih terdapat keberangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, daripada 1,247 kes baharu yang direkodkan di Sabah hari ini, 1,094 kes melibatkan warganegara Malaysia dan selebihnya bukan warganegara. Dari segi status vaksinasi pula, belum layak vaksin sebanyak 325, belum menerima vaksin (567), menerima 1 dos vaksin (254) dan lengkap dua dos sebanyak 101 kes. Beliau berkata, dari segi umur, sebanyak 10 kes melibatkan kanak-kanak berumur 1 tahun ke bawah, 1 hingga 5 tahun (82 kes), 6 hingga 17 tahun (233 kes), 18 hingga 59 tahun (836 kes) dan warga emas berusia 60 tahun ke atas sebanyak 86 kes.

Comments


bottom of page