top of page
Wartawan Nabalu News

Semua PPV Penampang ditutup mulai 15 Oktober ini


5 Oktober 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Semua pusat penerimaan vaksin (PPV) di daerah Penampang akan ditutup bermula 15 Oktober ini, kata Pengerusi Penubuhan Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Penampang Francis Chong.


Sehubungan itu beliau menyeru warga Penampang yang belum menerima vaksin supaya mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin di mana-mana pusat vaksinasi.


“Ini kerana mereka yang belum melengkapkan dua dos vaksin (kecuali vaksin Cansino satu dos) selepas ini tidak dibenarkan memasuki premis perniagaan atau pejabat kerajaan dan swasta atau mana-mana pasaraya, pasar, serta premis-premis perniagaan yang lain.


“Manakala mereka yang ingin menerima vaksin selepas tarikh tersebut perlu pergi ke klinik kesihatan yang berdekatan,” katanya dalam kenyataan media kelmarin.

Comentários


bottom of page