top of page

Sentuhan Kasih: Mengikat komuniti melalui keprihatinan

  • nabalunews
  • Oct 5, 2024
  • 1 min read

5 Oktober 2024

Oleh Romie Stanley Deukin


KOTA BELUD: Ketua Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Belud, Datin Saniah Tuak, bersama kepimpinan Wanita Bahagian, hari ini mengadakan program kunjungan kasih di Kampung Piasau, Kota Belud untuk menziarahi dan membantu seorang penduduk yang terkesan oleh masalah kesihatan, Lotuin Lumai.


Lotuin sudah hampir dua tahun tidak dapat berjalan kerana penyakit yang dialaminya.


Dalam kunjungan itu, Saniah yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri.(ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Presiden UPKO, menyampaikan sumbangan kepada Lotuin.


Selain Lotuin, anak beliau, Hawila Sidik, turut menerima bantuan selepas mengalami 'minor strok' sejak setahun yang lalu.


Keluarga ini menerima sumbangan dalam bentuk bakul makanan, lampin pakai buang serta sedikit bantuan kewangan bagi membeli barangan keperluan seharian yang lain.


Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban hidup Lotuin dan keluarganya.


Program ini bertujuan untuk meneruskan usaha Sentuhan Kasih yang telah lama dilaksanakan bagi membantu golongan yang memerlukan di kawasan itu.


Saniah dalam ucapannya menegaskan bahawa program Sentuhan Kasih ini adalah inisiatif jangka panjang Bahagian Wanita UPKO Kota Belud.


Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana mempunyai seorang ketua yang begitu prihatin dan sentiasa memberikan sokongan kepada usaha-usaha kebajikan.


"Keprihatinan Datuk Ewon kepada komuniti Kadamaian memang tidak dapat disangkal. Bukan sahaja dari aspek kebajikan, tetapi juga pembangunan infrastruktur, pendidikan, sosio-ekonomi, dan keagamaan di Kadamaian," tambahnya lagi.


Kunjungan singkat ini turut disertai oleh Ketua Wanita UPKO Cawangan Kampung Piasau, Julia Angau, dan sebahagian ahli jawatankuasa Wanita Bahagian, yang dengan penuh dedikasi menyerahkan sumbangan tersebut.


Program ini diharapkan akan terus membawa manfaat kepada komuniti dan memperkukuh silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page