Seorang maut dalam kemalangan jalanraya di Kinabatangan
- Wartawan Nabalu News
- Aug 1, 2024
- 1 min read

1 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KINABATANGAN : Seorang maut manakala dua terselamat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Segaliud, Kinabatangan hari ini
Mangsa yang maut dikenali Jumari Bahari, 62, dilapor tersepit di kenderaan jenis Perodua Kancil manakala dua yang selamat, lelaki berusia 19 dan 24 tahun dalam kenderaan Toyota Hilux.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.48 petang menerusi talian MERS999.
7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan dikejarkan ke lokasi yang terletak
42 kilometer dari balai.
Turut membantu, 6 anggota dari BBP Beluran yang baru selesai memadamkan
kebakaran mesin di Kilang Segamaha Paris 2, Jalan Kinabatangan, Lahad Datu.
Pasukan bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan namun mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi bomba ditamatkan jam 5.31 petang.















Comments