Seorang maut, seorang cedera parah dalam kemalangan di Tenghilan
- nabalunews
- Feb 23, 2025
- 1 min read

22 Februari 2025
TUARAN: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut manakala seorang lagi mengalami cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan dan pacuan empat roda berhampiran Kampung Bunga Tenghilan, Jalan Tuaran-Kota Belud pada petang Jumaat.
Menurut Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang sebelum tiba di lokasi 25 minit kemudian.
“Difahamkan, pemandu lori, lelaki berusia 42 tahun, dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
“Bagaimanapun, pemandu Ford yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba tetapi disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Seorang lagi penumpang Ford yang mengalami cedera parah telah dibawa ke Hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” kata Bomba Sabah dalam satu kenyataan.
Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota BBP Tuaran yang diketuai oleh PBK II Ab Mahmud Bin Jumah serta kerjasama KKM dan PDRM.















Comments