top of page

Sidang DUN Sabah ditangguh pada 21 - 23 September

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 19, 2021
  • 1 min read


19 Ogos 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU : Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang sepatutnya dijadualkan pada 24 hingga 26 Ogos ini ditangguhkan pada 21 hingga 23 September ini.


Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, satu warta kerajaan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong hari ini, memaklumkan penangguhan persidangan DUN Sabah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.


Berdasarkan warta tersebut, pindaan tarikh persidangan DUN Sabah itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa kini yang tidak mengizinkan untuk persidangan tersebut diadakan minggu depan.


Pada awal bulan ini, Kadzim mengumumkan sidang DUN Sabah diadakan pada 24 hingga 26 Ogos, dengan pelbagai prosedur operasi standard ditetapkan antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri perlu mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum bersidang bagi mengekang penularan wabak COVID-19.


Kali terakhir persidangan DUN Sabah diadakan adalah pada 18 hingga 23 Dis tahun lepas bagi membentang dan membahaskan Belanjawan Negeri 2021.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page