top of page
nabalunews

Sindiket penipuan pelaburan di TikTok meningkat lebih 90 peratus sejak 2021




 

27 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Penipuan pelaburan melalui aplikasi TikTok kini menjadi ancaman serius, dengan peningkatan kes yang mencatatkan lebih 90 peratus sejak 2021.

 

Platform ini didapati semakin popular dalam kalangan sindiket penipuan untuk menarik mangsa melalui promosi skim pelaburan palsu. 

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata statistik menunjukkan jumlah kes meningkat secara mendadak. 

 

"Sebanyak 13 kes direkodkan pada 2021, meningkat kepada 27 kes pada 2022, 59 kes pada 2023, dan 131 kes bagi tempoh Januari hingga Oktober 2024. 

 

"Daripada aspek kerugian, jumlah yang direkodkan meningkat daripada RM400,000 pada 2021 kepada RM1.28 juta pada 2022 dan RM7.25 juta pada 2023. Manakala, setakat Oktober lalu, kerugian dicatatkan mencecah RM6.39 juta," katanya dalam sidang media di sini. 

 

Ramli menjelaskan bahawa media sosial, termasuk TikTok, menjadi platform utama sindiket disebabkan capaian pengguna yang luas serta kebolehan penjenayah untuk menyembunyikan identiti mereka. 

 

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan pelaburan di media sosial tanpa pengesahan yang sahih. "Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan. Sentiasa periksa kesahihan sebelum melabur," tambahnya. 

Comments


bottom of page