top of page
Wartawan Nabalu News

SISTEM JANJI TEMU VAKSIN ASTRAZENECE SESAK, RAKYAT PERSOAL PERUNTUKAN RM70 JUTA


26 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Kegagalan laman sesawang bagi mendapatkan janji temu vaksin AstraZeneca yang dibuka hari ini mengundang kemarahan ribuan rakyat yang gagal mengakses laman tersebut. Turut dipersoalkan ialah peruntukan RM70 juta yang diperuntukkan untuk integrasi data dan sistem janji temu program imunisasi Covid-19.

Antara yang menyuarakan keluhan ialah bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik yang menyatakan beliau cuba mendaftarkan isterinya tetapi tidak dapat menembusi negeri pilihan untuk janji temu. "Saya tidak dapat percaya yang saya terpaksa mengaku bukan robot beribu kalinya hari ini," kata Dr Maszlee merujuk kepada aplikasi sistem tersebut yang memerlukan pengesahan pengguna sistem. Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mengatakan selepas lebih sejam beliau berusaha mendaftarkan ahli keluarganya untuk program tersebut, namun tidak berjaya.

"Rasanya, saya tidak termasuk dalam senarai 300,000 orang yang bertuah (mendapatkan janji temu vaksin)," katanya. Sementara itu, Parti Ikatan Demokratik (MUDA) yang dipimpin oleh Syed telah mengeluarkan kenyataan akhbar mencabar Kerajaan mendedahkan siapa yang mendapat kontrak RM70 juta bagi membina laman sesawang tersebut. "Selepas beberapa kali laman sesawang ini gagal menepati standard serta gagal memudahkan rakyat mendaftar bagi mendapatkan vaksin, rakyat mula mempersoal beberapa masalah antaranya penggunaan 'cloud flare' yang percuma. "Ini menimbulkan banyak tanda tanya kerana kos yang digunakan bagi membangunkan sistem dan laman sesawang ini berjumlah hingga hampir RM70 juta," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoonh Jin Zhe pula mempersoalkan kenapa Sabah tercicir daripada program imunisasi yang dibuka hari ini. "Sementara ribuan orang mengalami kesusahan mendapatkan vaksin AstraZenca tengahari ini, lebih 1.2 juta dos telah ditempah dalam masa sejam. Sabah, negeri paling rendah kadar pendaftaran imunisasi mendapat sifar dos daripada program ini. Ianya tidak masuk akal," katanya. Seorang lagi pengguna, Nazira menyatakan keluhan di laman twitternya, "Buat penat I advocate for the vaksin. Changed my aunts and uncles perception. Lepas tu macam ni. And you really ask kenapa kami marah?" Daiyana Trisha dalam Twitternya mengatakan “sedih dan kecewa. Kenapa sampai mcm ni rakyat nak berebut vaksin? Bermacam-macam jenis penindasan nak kena hadap. Lepas satu, tambah lagi, satu. Sampai bila, sejauh mana? Speechless. I cannot brain this anymore”. Manakala Xavier Uncle turut menyatakan: “RM70 million system for vaccination slot process can’t be processed smoothly without a stable server. You could just hire a good programmer with RM7k to do that website instead.



Comments


bottom of page