top of page

SK MANTOB, KIULU TERIMA ANUGERAH SERI ASRAMA TERBILANG PERINGKAT KEBANGSAAN

nabalunews

Guru besar SK Mantob Romie Boliku (empat dari kirii) menerima Surat Penghargaan Ucapan Tahniah dari wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, Noor Azlee Juma'ah (empat dari kanan) semasa sesi lawatan pematuhan SOP asrama di SK Mantob pada 22 April lepas.

25 April 2021


TUARAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Mantob, Kiulu yang terletak di kaki banjaran Crocker, dipilih sebagai pemenang Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) 2020 Peringkat Kebangsaan.


Bagaimanapun, susulan pandemik Covid-19, SK Mantob hanya menerima sijil penghargaan anugerah itu secara rasmi dari Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr Mistirine Binti Radin di Kota Kinabalu pada 29 Mac lepas.



Laman di SK Mantob

Majlis penyampaian surat penghargaan ucapan tahniah pula disempurnakan oleh Noor Azlee Juma'ah wakil Kementerian Pendidikan Malaysia semasa sesi lawatan pematuhan SOP asrama di SK Mantob pada 22 April lepas.


Turut hadir pada majlis berkenaan ialah

Mohd. Haniff bin Mohd. Harith — P.P HEM (Asrama, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah),

Mohd Hanim Bin Mohd. Goss — Timbalan PPD Tuaran dan Stanley Misun — Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran — Sektor Pembangunan Murid.


Selain itu, SK Mantob turut meraih Anugerah Seri Asrama Terbilang Sekolah Rendah Peringkat Negeri Sabah.


SK Mantob, Kiulu

Sementara itu, Guru Besar SK Mantob Encik Romie Boliku berkata kejayaan itu adalah hasil

berkat pengorbanan dan komitmen warga SK Mantob, terutama guru-guru dan staf pengurusan asrama.


"Begitu juga sokongan ibubapa dalam menjayakan apa juga program dan aktiviti dilaksanakan di asrama termasuk keceriaan, ia banyak membantu pihak sekolah merealisasikan kejayaan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Romie berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada asrama-asrama yang mencapai standard pengurusan terbaik di peringkat kebangsaan.



Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page