top of page

SK Pasir Puteh terajui Kempen Internet Selamat di Keningau

  • nabalunews
  • Jul 14, 2025
  • 1 min read

14 Julai 2025


KENINGAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Puteh menjadi sekolah rendah pertama di daerah ini yang melaksanakan modul khas Kempen Internet Selamat (KIS) bagi pelajar peringkat umur 7 sehingga 9 tahun.


Program anjuran Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang disertai 120 murid Tahun 1 hingga Tahun 3 itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, hari ini.


SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen yang menggunakan modul khas direka khusus untuk golongan murid lingkungan umur terbabit diadakan bertujuan meningkatkan kefahaman mengenai penggunaan internet secara umum dan fungsi aplikasi internet.


“Selain itu, pelajar turut diberi pendedahan tentang risiko dan ancaman dalam talian serta didedahkan kepada maklumat berkaitan had umur minimum iaitu 13 tahun ke atas bagi memiliki akaun media sosial,” menurut kenyataan itu.


Dalam masa sama katanya, KIS turut mengetengahkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan internet secara tidak terkawal serta galakan untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih positif.


"Pendekatan ini diharap dapat membantu pelajar memahami asas literasi digital, mengenali risiko buli siber dan pengantunan (grooming) serta mempelajari cara menggunakan internet dengan selamat selain bertanggungjawab," katanya.


Penganjuran kempen itu diyakini mampu memberi penekanan kepada aspek keselamatan dalam talian, memupuk kesedaran awal dan membudayakan penggunaan internet yang positif, selamat serta bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page