- Wartawan Nabalu News
SKM anjur program galak masyarakat berkoperasi di Kg. Nahaba, 26 Okt ini
10 Okt 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan mengadakan Program Membudayakan Masyarakat Berkoperasi di Kg. Nahaba, Zon Ulu Woriu (NATESA), pada 26 Oktober ini.
Program itu akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Menurut SKM, program tahunan SKM itu bertujuan menggalakkan masyarakat berkoperasi dan telahpun dilaksanakan di Labuan dan Semporna.
Sebagai persediaan pelaksanaan program, SKM Sabah yang diketuai oleh Yasmeen Dawani bersama UPPM Kadamaian Saikom Watis, Ketua Perhubungan ADUN Kadamaian Carlye Lajimin dan JKKK Kampung Nahaba Deren Liging, mengadakan lawatan tapak, pada Selesa.
Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang program itu, antaranya Jualan Madani, taklimat daripada agensi-agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), seperti SKM, Instutut Keusahawanan Malaysia (IKMA) dan Tekun Nasional.
Sehubungan itu orang ramai dijamput hadir memeriahkan lagi acara itu seterusnya mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kementerian.
Comments