- nabalunews
SKM laksana Program CSR bantu 20 KIR di Menggatal
17 Ogos 2024
MENGGATAL: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk membantu 20 Ketua Isi Rumah (KIR) di dua kampung di Menggatal pada 14 Ogos lalu.
Sumbangan berupa bantuan bakul makanan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Wong Thien Fook.
Di Kampung Keliangau, Menggatal, Wong yang juga Naib Presiden UPKO Datuk dan Ketua Bahagian UPKO Sepanggar menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 10 keluarga.
Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan bertanya khabar kepada setiap keluarga yang dikunjunginya.
Manakala di Kampung Gudon, Menggatal, Wong menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 10 keluarga.
Turut serta dalam program ini, kakitangan SKM dan Ahli Jawatankuasa Wanita Bahagian Sepanggar.
Wong turut singgah di Kampung Sinulihan, Inanam untuk menziarahi seorang penduduk yang terlantar sakit di rumah.
Commenti