top of page

SKM pupuk semangat berkoperasi dalam kalangan masyarakat di Telupid

nabalunews

1 Oktober 2024


TELUPID: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Persatuan Peniaga Telupid menganjurkan sesi taklimat koperasi sempena Program Pembudayaan Berkoperasi Telupid baru-baru ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap peranan koperasi dalam memajukan ekonomi setempat.


Sesi taklimat ini dipengerusikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SKM, Datuk Wong Thien Fook yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bertempat di Golden Star Hotel, Telupid pada 28 September lalu.


Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Pemuda UPKO Pusat, Felix Joseph Saang, yang juga Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM).


Terdahulu pada sebelah pagi sebelum taklimat tersebut, Datuk Wong bersama warga SKM telah menghadiri Program Jualan Madani yang diadakan di Tapak Tamu Telupid.


Program Jualan Madani ini bertujuan untuk memperkasakan peniaga kecil dan memberi peluang kepada mereka untuk memasarkan produk secara langsung kepada masyarakat setempat.


Felix turut hadir mengiringi Datuk Wong dalam sesi tersebut, di mana kehadiran beliau menambah sokongan kepada inisiatif-inisiatif ekonomi tempatan.


Program-program sebegini bukan sahaja memupuk semangat berkoperasi dalam kalangan masyarakat, tetapi juga memperkukuhkan hubungan antara pemimpin tempatan dan komuniti, dengan fokus utama ke arah membangunkan ekonomi yang lebih inklusif dan mapan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page