Slot Khas ‘Prime Time’ untuk Filem Sabah
- nabalunews
- 8h
- 1 min read

19 Julai 2025
CYBERJAYA: Penerbit dari Sabah berpeluang menayangkan filem atau produk siap menerusi slot khas 'prime time' di saluran Enjoy TV5.
Tawaran itu disampaikan sendiri oleh Pengerusi TV5 Broadcasting Sdn Bhd; Datin Yoko Chou semasa menerima kunjungan hormat dari Persatuan Filem dan Visual Sabah (SAFVA) yang diketuai presidennya Chester Pang di CoPlace 10, di sini, hari ini.
Turut hadir Jade Morris Setiausaha Agung SAFVA, Gregory Giting Exco dan Nadira Ilana Ketua Biro Kebudayaan dan Warisan SAFVA.
Cheater berkata, dalam pertemuan itu, beberapa perkara seperti faedah pembekal kandungan, hak milik iP dan struktur tayangan turut sempat dibincangkan.
"Antara yang masih kami pertimbangkan dan perlu perbincangan lanjut ialah berkenaan pemilikan hak tayangan oleh TV5 selama setahun dan jumlah tayangan setiap kandungan.
"Secara dasar, perolehan pembayaran melalui kutipan iklan dengan pembahagian peratusan pendapatan kami persetujui, namun kami masih perlu mendapatkan maklum balas dari penerbit sebelum ianya dilaksanakan,” katanya.
Menurutnya, mesyuarat selanjutnya akan diadakan di Kota Kinabalu dalam masa terdekat ini sebelum Memorandun persefahaman (MoU) dimeterai.
Saluran TV5 telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 5 Mei yang lalu.
Saluran baharu pelbagai budaya, 'Movie Channel TV5' ini, yang boleh ditonton secara percuma melalui Saluran Digital 105 di Malaysia.
Ia komited untuk mengetengahkan produksi filem dan televisyen yang berkualiti tinggi dalam pelbagai bahasa serta merentas budaya, bagi mewujudkan sebuah platform yang menghubungkan kandungan tempatan dan antarabangsa.