top of page

SOP AKTIVITI MENYELAM AKAN DIUMUMKAN DALAM MASA TERDEKAT: JAFRY

  • Wartawan Nabalu News
  • Dec 1, 2020
  • 1 min read

1 DIS 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah menyambut baik keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri Sabah membenarkan aktiviti menyelam (scuba diving) beroperasi semula.


Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian telah merangka beberapa prosedur operasi standard (SOP) aktiviti menyelam dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat yang kini sedang menunggu kelulusan daripada MKN sebelum diumumkan dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira aktiviti menyelam itu dikategorikan sebagai aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak bersentuhan fizikal.


“Berita baik itu amat dinantikan oleh para pengusaha pelancongan selepas beberapa bulan tidak dapat beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.


Jafry yakin dengan pelbagai inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan akan mampu merancakkan kembali industri pelancongan negeri Sabah yang sepi dan suram sejak penularan Covid-19.


Beliau juga berharap agar semua pihak terus mematuhi SOP yang ditetapkan ekoran tumpuan kini aktiviti pelancongan domestik saja yang dibenarkan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page