SOP cek suhu dimansuhkan mulai 11 Feb ini
Farah Salim

8 Feb 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Bermula 11 Februari ini prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau berkata, dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis masing-masing.
"Bagaimanapun daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
"Walau bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Kommentare