top of page
  • Farah Salim

Speaker tegur Hamzah tidak pernah hadir ke Dewan Negara



14 Disember 2021

Oleh Farah Salim

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ditegur kerana tidak pernah hadir ke sidang Dewan Negara pada penggal ini.


Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim membuat teguran itu ketika menjemput Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin untuk menjawab soalan lisan.


"Saya nak komen sedikit sahaja, YB Menteri (Hamzah) tidak pernah datang ke Dewan (Negara). Sampaikan salam," katanya.


Sebagai respond kepada teguran itu, Jonathan menjawab: “Saya akan sampaikan pesan itu Tan Sri”.


Beliau kemudiannya meneruskan untuk menjawab soalan lisan berkaitan penakrafan warganegara Malaysia oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dibangkitkan oleh Senator Aziz Arifin.

bottom of page