top of page
  • Wartawan Nabalu News

SPM 2022: Sabah berjaya tingkatkan GPN


Siti Hamni menyerahkan teks pengumuman kepada Zaini mewakili Raisin.

9 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Pencapaian calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 di Sabah meningkat berbanding tahun sebelumnya dengan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 5.22, iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata daripada 5.35 pada tahun 2021.


Seramai 344 calon (1.0 peratus) daripada 34,461 calon yang menduduki peperiksaan SPM di negeri Sabah memperoleh keputusan cemerlang (gred A+. A dan A-) dalam semua mata pelajaran berbanding 253 calon (0.64 peratus) pada tahun 2021.


Pengarah Pendidikan Sabah, Raisin Saidin berkata, indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negara adalah GPN dan nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.


“Saya ingin memaklumkan bahawa pencapaian calon SPM tahun 2022 adalah lebih baik berbanding calon SPM tahun 2021,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD Mohd Zaini Yanin dalam Majlis Pengumuman Keputusan SPM Tahun 2022 Negeri Sabah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu.


Beliau turut menyatakan bahawa peratus calon yang layak menerima sijil SPM tahun 2022 telah menunjukkan peningkatan, iaitu daripada 89.76 peratus pada tahun 2021 kepada 92.37 peratus pada tahun 2022.


Bagaimanapun, jurang pencapaian SPM tahun 2022 antara bandar dan luar bandar telah semakin melebar, iaitu 0.61 mata berbanding SPM tahun 2021.


“Itu kita akan tengok balik keseluruhan sebab dia memerlukan satu kajian semula. Memang nampak ada jurang tapi, kita akan tengok semula.


“Kalau kita tengok sekolah rendah dan menengah di Sabah kebanyakan berada di luar bandar jadi, kita akan tengok balik apa lagi yang perlu diperbaiki,” katanya.

Comments


bottom of page