SPR larang guna telefon bimbit di dalam tempat mengundi
10 November 2022
Oleh Farah Salim
KUALA LUMPUR: Penggunaan telefon bimbit di dalam tempat mengundi tidak dibenarkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara ini dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi maklumat grafik yang dikeluarkan baru-baru ini.
Dalam maklumat grafik yang dikongsi dan dimuat naik dalam sosial media SPR itu turut menggariskan 10 langkah utama yang perlu dipatuhi ketika mengundi pada 19 November ini.
Langkah keenam dalam maklumat grafik itu menunjukkan telefon bimbit tidak dibenarkan, di mana pengundi akan diminta menyerahkan telefon bimbit kepada pegawai bertugas apabila mengambil kertas undi.
Selepas mengundi, pengundi akan kembali kepada petugas berkenaan untuk mengambil kembali telefon bimbit mereka ketika keluar dari tempat mengundi.
Kommentare