SPRM seru orang ramai berhati-hati dengan akaun palsu TikTok 'sprmmalaysia'
nabalunews

5 Disember 2024
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan akaun TikTok yang menggunakan nama dan logo rasmi agensi itu tanpa tanda pengesahan biru.
SPRM menyifatkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab tersebut sebagai satu pelanggaran etika yang mengelirukan masyarakat serta mencemarkan nama baik dan integriti institusi kerajaan itu.
“Penggunaan nama serta logo SPRM oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah suatu tindakan yang menyalahi etika, mengelirukan masyarakat dan menjejaskan nama baik serta integriti SPRM sebagai sebuah institusi kerajaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM hari ini.
Sehubungan itu, SPRM menyeru orang ramai supaya lebih berwaspada terhadap kewujudan akaun palsu yang menyalahgunakan identiti agensi tersebut.
"Untuk mendapatkan maklumat sahih, sila rujuk saluran rasmi SPRM di media sosial dan laman portal SPRM," tambah kenyataan itu.
Comments