top of page

SPRM Tahan Pemilik Syarikat

  • nabalunews
  • Mar 11, 2025
  • 1 min read


11 Mac 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pemilik syarikat pembinaan selepas disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM60,000.


Menurut sumber, suspek lelaki berusia 40-an itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Tawau.


“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan pada tahun 2021.


“Suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu yang tidak mengikut spesifikasi yang sebenar kepada sebuah agensi kerajaan negeri.


“Ia membabitkan kerja-kerja baik pulih empat buah rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di salah satu daerah negeri ini dengan anggaran kos kira-kira RM15,000 bagi setiap rumah,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.


“Suspek bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dan seorang penjamin,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page