top of page

SPRM Tahan Penjawat Awam dan Pesara

  • nabalunews
  • Jun 18, 2025
  • 1 min read

17 Jun 2025


KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu, melibatkan penjawat awam dan pesara sebuah jabatan kerajaan, hari ini.


Penahanan kedua-dua individu terbabit bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM66,000.


Pemberian rasuah berkenaan dikatakan sebagai dorongan untuk memproses permohonan tanah dan melakukan bancian lot tanah.


Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50 hingga 60-an itu ditahan kira-kira antara jam 10 hingga 11 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.


“Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar tahun 2016 walaupun kedua-duanya tiada kelayakan untuk memproses permohonan dan juga tidak memiliki lot tanah untuk tujuan bancian.


“Siasatan awal juga mendapati kedua-dua suspek dipercayai menerima suapan berjumlah kira-kira RM54,000 dan RM12,000 setiap seorang daripada beberapa individu.


“Ia bagi tujuan memproses permohonan tanah dan melakukan bancian lot tanah di bawah skim tanah milik kerajaan negeri,” katanya.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Tambah beliau, kedua-dua suspek akan didakwa dalam masa terdekat.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page