top of page

ST.DOMINIC LAHAD DATU TERIMA BANTUAN KEMANUSIAAN USTAZ EBIT LEW

  • nabalunews
  • Jan 30, 2021
  • 1 min read


30 Jan 2021

LAHAD DATU: Paroki St Dominic menjadi salah satu penerima bantuan kemanusiaan daripada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) di bawah naungan Ustaz Ebit Lew.

Paderi paroki Fr Simon Kontou, pada jam 9.00 pagi kelmarin, menerima bantuan 100 kotak makanan berupa keperluan dapur, 100 kampit beras 5kg, facemask dan 10 buah kerusi roda daripada Ebit Lew.

Fr Simon berkata dia tidak sangka akan dikunjungi oleh pihak PKUM, “Saya terima panggilan daripada pihak PKUM dan mereka memberitahu yang mereka akan datang untuk memberi bantuan. Saya menerima baik kedatangan mereka.”


Menurut Fr Simon, di dalam perbualan singkat antaranya dan Ebit Lew, Ustaz tersebut menyatakan bahawa tujuan lawatan PKUM adalah untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada golongan kurang bernasib baik di Sabah tanpa mengira agama, dan menekankan kepentingan perpaduan antara semua umat, kasih sayang dan berkongsi kebaikan kerana Tuhan itu baik untuk semua orang. “Saya berterima kasih kepada Ustaz Ebit kerana sifat keterbukaan ini, semoga Tuhan terus memberkati pelayanannya,” kata Fr Simon.

Fr Simon juga berhasrat untuk meneruskan sifat keterbukaan yang sama, “Semua bantuan dari Ustaz Ebit ini akan disalurkan kepada orang yang memerlukan juga tidak kira agama.


Pada pagi tadi Fr Simon sudah menghantar sebanyak 16 kotak makanan dan beras kepada keluarga di Kg Singgahmata dan Kg Burung dan akan meneruskan penyaluran bantuan selepas ini.

Seramai 18 orang sukarelawan dari PKUM turut serta bersama Ustaz Ebit Lew dalam misinya di Sabah. - Catholicsabah

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page