top of page

Stor Farmasi Hospital Papar terbakar, pesakit dipindahkan

  • nabalunews
  • Nov 11, 2024
  • 1 min read


11 November 2024


PAPAR: Pesakit di wad Hospital Papar terpaksa dipindahkan ke luar bangunan apabila berlaku kebakaran di Stor Farmasi hospital berkenaan, petang tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.02 petang.


Katanya sepasukan 8 pegawai dan anggota bomba dari BBP Papar dibantu 5 anggota bomba dari BBP Kimanis dikejarkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


Ketika berita ini ditulis, pasukan bomba masih bertungkus lumus memadamkan kebakaran.


"Kebakaran melibatkan dua buah bangunan iaitu sebuah stor perubatan Farmasi jenis kekal yang berkeluasan 50x25 kaki terbakar 100% dan sebuah bangunan bilik makmal kajian hanya terkena bahangan.


"Operasi pemadaman masih dijalankan. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Komentar


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page