top of page
  • Wartawan Nabalu News

Suasana pembelajaran Tingkatan 6 harus lebih bebas dan berinteraksi


25 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu suasana pembelajaran bagi pelajar Tingkatan 6 di negara ini lebih bebas dan berinteraksi, dan tidak terlalu terikat dengan peraturan sekolah.


Beliau berkata Tingkatan 6 adalah pascasekolah dan budaya perlu diubah dengan tidak lagi dilayan seperti sesi persekolahan biasa.


"Sekolah itu berakhir di Tingkatan 5, dan Tingkatan 6 kena tentukan kaedah supaya cara guru melayani dan suasana itu diberi lebih banyak ruang agar mereka lebih bebas dan berinteraksi tidak sepertimana kurikulum atau peraturan di sekolah," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menyertai Program Temu Anwar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, pada Sabtu.


Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau telah mendengar keluhan pelajar Tingkatan 6 mengenai peraturan dan budaya yang tidak sesuai dengan tahap mereka.


"Saya juga mengikuti Tingkatan 6 dan ketika itu blok dan peraturan pun berasingan, budaya juga berasingan dan tak sama dengan sekolah," katanya.


Ujar Anwar lagi, beliau akan memastikan perubahan suasana Tingkatan 6 berlaku secepat mungkin.


"Insya-Allah saya akan tentukan ia berlaku," katanya.



Hozzászólások


bottom of page