top of page

Sumbangan Hadiah Pertandingan Karaoke pesta Kaamatan SIB Soronsob

  • nabalunews
  • Jun 12, 2025
  • 1 min read

12 Jun 2025


KOTA BELUD: Pemaju Masyarakat, Clarence Somuil, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.11 Kadamaian, telah menyampaikan sumbangan dana sebagai hadiah kepada pemenang pertandingan karaoke sempena Perayaan Tadau Kaamatan.


Sumbangan tersebut adalah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan yang akan datang.


Majlis penyerahan dana berkenaan telah diadakan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N.11 Kadamaian.


Pertandingan karaoke ini akan berlangsung pada 21 Jun 2025 di perkarangan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Soronsob, dan merupakan salah satu acara kemuncak peringkat Kampung Soronsob sempena sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan oleh masyarakat setempat.


Dana tersebut telah diterima oleh Taisin Dorisi, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Bahab, Kota Belud, yang mewakili penduduk kampung.


Beliau merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan berterusan daripada pihak ADUN N.11 Kadamaian terhadap aktiviti komuniti.


Usaha ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri, khususnya ADUN N.11 Kadamaian, dalam memupuk semangat perpaduan serta memelihara warisan budaya tempatan melalui program yang melibatkan penyertaan masyarakat.


Diharapkan pertandingan karaoke ini akan menyemarakkan lagi sambutan Tadau Kaamatan tahun ini dan mengukuhkan hubungan sesama penduduk.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page