Sumbangan Peralatan Sukan "Dart Board" kepada Persatuan Belia Kampung Tambatuon
- nabalunews
- Mar 26, 2025
- 1 min read

26 Mac 2025
KOTA BELUD: Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, Jolyhame Saran, telah mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian, untuk menyampaikan sumbangan peralatan sukan "Dart Board" kepada Persatuan Belia Kampung Tambatuon di pejabat ADUN.
Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong dan mempromosikan aktiviti sukan di kalangan belia setempat. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambatuon, Wolbote Saringan, yang juga mewakili penerima sumbangan. Menurut Wolbote, sumbangan ini sangat dihargai oleh pihak persatuan kerana ia memberikan peluang kepada belia kampung untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti sukan.
Beliau juga menyatakan bahawa permainan Dart merupakan salah satu aktiviti yang amat popular dan aktif di kalangan belia Kampung Tambatuon. Dengan adanya peralatan yang lebih baik, beliau berharap semangat dan minat terhadap sukan ini dapat terus berkembang, sekaligus meningkatkan kemahiran sosial dan fizikal para belia.
Sumbangan ini juga dilihat sebagai langkah positif dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar melalui pelbagai inisiatif sukan dan rekreasi. Dalam ucapannya, Jolyhame Saran menekankan bahawa kerajaan sentiasa komited untuk menyokong aktiviti-aktiviti yang memberikan manfaat kepada masyarakat, terutamanya belia yang merupakan aset penting dalam pembangunan negara.


















Comments