top of page

Sumbangan touchpoint disampaikan kepada tiga penerima daripada Kg Tambatuon, Kota Belud

  • nabalunews
  • Oct 3, 2024
  • 1 min read

3 Oktober 2024


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N11 Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, meneruskan komitmennya untuk kesejahteraan masyarakat di Kadamaian apabila menyalurkan sumbangan touchpoint kepada tiga penerima daripada Kampung Tambatuon, Kota Belud, hari ini.


Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyerahkan sumbangan kelahiran kepada dua bayi, iaitu adik Chenzo Theo Max Allend dan adik Brynn Wanyne Welver. Selain itu, keluarga Dalinah Golong menerima sumbangan Salam Takziah sebagai tanda simpati, sokongan dan keprihatinan terhadap mereka yang berduka.


Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Clarence Somuil, Pemaju Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, yang mewakili Ewon kepada Pengerusi JKKK Kampung Tambatuon, Senuil Darusin yang mewakili ketiga-tiga penerima.


Inisiatif pemberian sumbangan kelahiran dan Salam Takziah ini merupakan usaha berterusan yang diilhamkan oleh

Ewon sejak 2018.


Program ini bertujuan untuk meringankan beban dan menyokong keluarga yang terlibat, sama ada dalam detik kegembiraan mahupun kedukaan.


Langkah ini juga mencerminkan pendekatan Ewon dalam memastikan kebajikan rakyat Kadamaian terus diberi perhatian, selari dengan matlamatnya untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera dan harmoni.


Adalah diharapkan agar sumbangan-sumbangan ini dapat membawa manfaat dan memberikan sedikit ketenangan kepada penerima dalam menghadapi cabaran hidup.


Sumbangan touchpoint ini juga merupakan salah satu daripada usaha Ewon untuk mendekati dan berkhidmat secara langsung kepada komuniti di kawasan Kadamaian, selaras dengan pendekatan kepimpinan yang inklusif dan mesra rakyat.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page