Sumbangan Touchpoint Kelahiran perkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat
9 Oktober 2024
KOTA BELUD: Sumbangan Touchpoint Kelahiran adalah sebahagian daripada inisiatif Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian untuk memperkukuhkan hubungan pemimpin dengan masyarakat serta memberikan sokongan kepada penduduk setempat.
Semalam, Pegawai Kemajuan Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Juin Kolod telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick untuk menyampaikan sumbangan Touchpoint Kelahiran kepada adik Dean Emanuel Libin dari Kampung Lahanas.
Sumbangan disampaikan kepada wakil penerima, Pinol Timun, bagi pihak adik Dean Emanuel.
Semoga sumbangan Touchpoint Kelahiran ini membantu menyokong kesejahteraan keluarga adik Dean Emanuel.
Comments