Sumbangan untuk Aktiviti Retreat Pelayanan Wanita Gereja SIB
- nabalunews
- Mar 8
- 1 min read

8 Mac 2025
KOTA BELUD: Satu sumbangan telah disampaikan bagi menjayakan aktiviti retreat pelayanan wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Lasau Minunsud, yang berlangsung dari 7 hingga 8 Mac 2025 di Pantai Sarang, Kota Belud.
Sumbangan ini bertujuan untuk menampung kos sewa kenderaan dan penginapan semasa program berlangsung.
Program ini dianjurkan dengan matlamat utama untuk memperkukuh kerohanian, mempererat hubungan silaturahim, serta membina kepimpinan dalam kalangan wanita jemaat.

Seramai 26 orang telah hadir untuk menyertai aktiviti yang penuh bermakna ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemajuan Masyarakat, Clarence Somuil, mewakili Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Ahli Dewan Undangan Negeri N11 Kadamaian.
Wakil penerima sumbangan adalah Rusinah Gintonuh, Bendahari Wanita Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Lasau Minunsud.
Diharapkan program ini dapat memberikan impak positif kepada semua peserta dan terus menyemarakkan semangat kebersamaan serta kepimpinan dalam kalangan wanita jemaat.
Kommentare