top of page

Suspek perogol remaja perempuan diberkas polis

  • nabalunews
  • Jul 25, 2025
  • 1 min read

 Suspek perogol remaja perempuan diberkas polis di sebuah ladang.
 Suspek perogol remaja perempuan diberkas polis di sebuah ladang.

25 Julai 2025


TAWAU: Seorang pekerja buruh ladang warga Indonesia yang disyaki merogol seorang remaja perempuan dalam kejadian di sebuah ladang di Brumas, berjaya diberkas polis, semalam.


Suspek berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai dan Polis Bantuan di rumah kongsi ladang tersebut sekitar jam 9 malam, susulan laporan polis dibuat mangsa, 16, dengan ditemani rakannya (pengadu kes).


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian rogol itu yang didakwa berlaku pada Rabu lalu (23 Julai) terbongkar apabila mangsa datang berjumpa rakannya dan memberitahu bahawa dia dirogol seorang lelaki yang dikenali sambil menangis.


Katanya, kejadian itu dikatakan berlaku di rumah kakak sepupu mangsa iaitu jiran pengadu, 17, dan pengadu yang bersimpati dengan mangsa menemaninya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.


Menurutnya, semakan awal mendapati suspek yang memiliki pasport, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.


Kes disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page